26hb Februari 2011 (Hari Sabtu)

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Dausssalam kali yang ke 27 dan Maulidul Rasul anjuran  bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRKA di Sekolah Rendah katok ‘A’, Brunei III

Advertisements
By SR Katok 'A'

23hb Februari 2011 (Hari Rabu)

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27

By SR Katok 'A'

12hb, 14hb dan 16hb Feb 2011 (Hari Sabtu, Isnin dan Rabu)

Pihak sekolah selaku tuan rumah di Kejohanan Terbuka Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Brunei III amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh dua orang murid dari sekolah ini, di mana mereka telah berjaya di dalam Kejohanan tersebut yang telah diadakan di Komplek Sekolah Sukan, Berakas baru-baru ini.

Murid-murid tersebut adalah:

Muhd Wafi Bin Arbi (Pemain Perseorangan Lelaki) – Naib Johan

Siti Nurul Masturina Bte Abd Rahman (Pemain Perseorangan Perempuan) – Johan

By SR Katok 'A'

15hb Februari 2011 (Hari Selasa)

Warga SRKA ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidul Rasul

Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolak tandingannya. Marilah kita berpengang kepada sunnah dan ajarannya…

 

Tiada harapan selain Allah

Tiada idola selain Nabi

Tiada kata seindah Quran

Tiada jalan selurus Sunnah

Tiada perjuangan selain Islam

By SR Katok 'A'

14hb Februari 2011 (Hari Isnin)

Hari ini, SRKA telah mengadakan Majlis Menaikkan Bendera sempena menjelangnya hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27. Tema Hari Kebangsaan NBD pada tahun ini ialah ‘Negaraku Brunei Darussalam’.

By SR Katok 'A'