7hb Desember 2010 (Hari Selasa)

Warga SRKA ingin mengucapkan Selamat menyambut Awal tahun Hijrah 1432H kepada seluruh Muslimin dan Muslimah di mana saja berada. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih mulia, lebih bertawakal dan berhijrah menjadi insan yang lebih baik sebelum ini. Amin Ya Rabbalalamin…

Advertisements
By SR Katok 'A'

5hb & 6hb Oktober 2010 (Hari Rabu dan Hari Khamis)

Lawatan Program Pengantarabangsaan 7 orang pelajar dan 2 orang guru dari Daerah Johor, Malaysia ke SRKA

By SR Katok 'A'

25hb September 2010 (Hari Sabtu)

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1431(H)/2010(M), SRKA tidak ketinggalan untuk merayakannya bersama guru-guru serta murid-murid sekolah ini. Majlis itu telah dirayakan dengan penuh warna-warni dan meriah. Berbagai-bagai acara telah berlangsung pada hari tersebut. Antaranya adalah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh beberapa murid dari PRA Sekolah, Nyanyian beramai-ramai dan acara Bersalaman bersama guru dan murid.

By SR Katok 'A'

24hb – 26hb Mei 2010 (Hari Isnin – Hari Rabu)

Lawatan beberapa guru dan murid-murid dari Keming Primary School, Singapore (Educational And Cultural Program) ke SRKA, Brunei III

By SR Katok 'A'

17hb Mac 2010 (Hari Rabu)

Mini Sukan anjuran Komiti Pendidikan dan Kesihatan dan Promosi Kesihatan bagi guru-guru dan murid-murid telah diadakan di tempat kawasan lapang permbarisan pagi SRKA. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang bagi menjayakan Mini Sukan tersebut, diantaranya seperti senamrobik beramai-ramai dan sebagainya.

By SR Katok 'A'

11hb Mac 2010 (Hari Khamis)

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Anjuran bersama SR Katok ‘A’, SU Katok ‘A’ dan Persatuan Ibubapa dan Guru SRKA

By SR Katok 'A'

25hb Februari 2010 (Hari Khamis)

Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke 26 yang bertemakan ‘Negaraku Brunei Darussalam’. Sambutan ini dimulakan dengan menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’. Kemudian diikuti dengan ikrar beramai-ramai yang diketuai oleh salah seorang murid dan seterusnya nyanyian 2 buah lagu patriotik bersama guru-guru dan murid-murid SRKA

By SR Katok 'A'

12hb & 19hb Februari 2010 (Hari Jumaat)

Bengkel Pengajaran Fonetik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada Ibubapa/Penjaga murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 1 yang telah diadakan di Dewan Utama SRKA

 

By SR Katok 'A'

7hb Januari 2010 (Hari Khamis)

Lawatan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman ke Sekolah Rendah katok ‘A’ untuk meninjau dengan lebih dekat lagi perkembangan pembelajaran di sekolah ini

By SR Katok 'A'